Thursday 15 March 2018

PERANAN SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN ISLAM DALAM MEMELIHARA AGAMA

PERANAN SAINS TEKNOLOGI&KEJURUTERAAN ISLAM DALAM MEMELIHARA AGAMA




SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
DUA2012


JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK


NAMA PENSYARAH:
EN ABDUL HADI BIN ABU BAKAR

AHLI KUMPULAN 
  • MUHAMMAD ARIF BIN ABD RAZAK(10DEP17F1002)
  • IKMAL HAIKAL BIN IBRAHIM(10DEP17F1057)
  • MUHAMMAD DANIAL NAJMI BIN MOHD NASIR(10DEP17F1051)
  • MUHAMMAD NABIL FIKRI BIN REDUWAN(10DEP17F1049)
  • MOHAMAD NAJMAN BIN ABDUL TABIB(10DEP17F1014)
PENGHARGAAN 
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu En.Abdul Hadi yang telah memberikan tugasan ini kepada kami yang bertajuk PERANAN SAINS TEKNOLOGI&KEJURUTERAAN DALAM ISLAM.

Kumpulan kami terdiri daripada Muhammad arif,ikmal haikal,Muhammad danial najmi,Mohamad najman dan Muhammad nabil 

PENDAHULUAN

Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa alam mini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.
Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para sainstis berteknologi muslim yang beriman dan berahklak dan Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos.Logos adalah satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.

DEFINISI
Memelihara agama bermaksud memelihara kesucian akidah dan ibadah daripada perbuatan syirik, murtad, khurafat dan sebagainya.


Antara contoh-contoh sains teknologi dan kejuruteraan dalam pemeliharaan agama adalah penciptaan kompas kiblat.Kompas kiblat ini dapat membantu kita untuk menunjukkan arah kiblat dengan betul dan tepat.Selain kompas kiblat,penciptaan pen Al Quran juga dapat membantu,kerana pen tersebut dapat membantu dan memudahkan bagi mereka yang baru belajar membaca Al Quran malah pen itu juga ada fungsi penterjemahan,fungsi itu sangat lah membantu kita dalam memahami maksud ayat Al Quran.




CONTOH TEKNOLOGI  ZAMAN DAHULU
Pedang ini diperbuat besi baja “damascus” dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.
Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.
Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod “Damascus” yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.
Pedang ini merupakan salah satu contoh yang menggunakan ilmu sains dalam menegakkan dan memelihara agama Islam.

SURAH AN NUR AYAT 43 TENTANG PROSES TERJADINYA HUJAN
MAKSUDNYA
43. tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian) nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.
KESIMPULAN 
Sains teknologi dan kejuruteraan islam dalam memelihara agama sangat lah penting bagi umat islam,kerana jika ciptaan teknologi yang di salah gunakan boleh menyebabkan berlaku perkara buruk yang tidak diingini.Selain itu,syariat islam telah menetapkan sebarang kajian ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan dan memelihara agama.